Jika kereta CARSOME Certified yang anda beli masih mempunyai tempoh waranti pengilang asal kurang daripada enam (6) bulan, anda layak menerima waranti Gold Plan percuma selama 1 Tahun. Pelan waranti CARSOME ini akan bermula serta-merta selepas penghantaran kenderaan.
Anda juga boleh memilih untuk menaik taraf ke pelan waranti dengan tempoh yang lebih panjang atau perlindungan yang lebih menyeluruh sekiranya anda ingin melanjutkan perlindungan anda.
Namun, jika kereta CARSOME Certified anda masih mempunyai lebih daripada enam (6) bulan tempoh waranti pengilang asal, anda tidak layak untuk waranti Gold Plan percuma selama 1 Tahun. Walaubagaimanapun, anda boleh memilih untuk membeli Pelan Waranti Lanjutan, yang akan bermula serta-merta selepas jaminan pengilang asal tamat.
Untuk mengaktifkan Pelan Waranti Lanjutan, waranti pengilang asal mestilah masih sah dan tidak terbatal pada waktu tamat tempoh. Jika waranti itu terbatal, anda perlu membawa kereta anda ke Pusat Servis CARSOME untuk pemeriksaan, tertakluk kepada caj pemeriksaan.
CARSOME berhak untuk menjalankan semakan latar belakang ke atas status waranti pengilang asal anda dan membatalkan Pelan Waranti Lanjutan sekiranya anda enggan menjalani pemeriksaan yang diperlukan sekiranya jaminan tersebut telah terbatal.